Saturday, February 5, 2011

SEJARAH DAN KEGIATAN SURAU KARIAH ANDA


TAJUK:
Sejarah dan kegiatan surau Kg Dato Keramat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

 DISEDIAKAN OLEH:
Nor Farhana binti Musa
No.Matrik: 2010879088
Kumpulan:ASD2En

PROGRAM:
Diploma Sains

TARIKH HANTAR:
23 FEBRUARI 2011



 ISI KANDUNGAN

TAJUK:
Sejarah dan kegiatan surau taman atau kariah

1.   ISI KANDUNGAN
2.   ABSTRAK
3.   PENDAHULUAN
4.   PENGERTIAN SURAU
5.   SEJARAH PENUBUHAN
6.   KEGIATAN SURAU
7.   MASALAH DAN PENYELESIAN
8.   PENUTUP
9.   BIBLIOGRAFI




 TAJUK: SEJARAH DAN KEGIATAN SURAU TAMAN ATAU KARIAH

ABSTRAK
Surau ialah tempat beribadah yang khusus seperti solat dan i’tikaf bagi orang islam dan menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah islamiah. Selain itu, surau juga merupakan pusat aktiviti orang islam. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh menjadi sekadar bilik.  Surau bukan sahaja tempat yang disediakan untuk kemudahan beribadah, malahan ia mempunyai peranan yg lebih besar. Ia bukan hanya tertumpu kapeda ibadah tetapi sebagai pusat pembelajaran dan juga pengajaran. Selain itu, surau juga menjadi tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat. Terdapat banyak lagi peranan surau seperti berperanan sebagai pusat kegiatan islam, pusat interaksi ummah, pusat khidmat sosial, dan sebagainya. Walaupun surau tidak terlalu besar, tetapi peranan yang dimainkan oleh surau adalah sama seperti masjid. Jestru itu, marilah kita sama-sama mengimarahkan surau. 




 PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ka atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan tugasan CTU151 ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU151 saya , Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana telah banyak membantu saya dengan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara membuat tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada penduduk Kg Dato Keramat yang telah memberi kerjasama kepada saya dengan menberi banyak info mengenai surau kampung tersebut. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Untuk pengetahuan semua, tujuan esei ini ditulis adalah untuk memenuhi penilaian untuk kursus CTU151. Selain itu, tujuan yang lain pula ialah untuk memperkenalkan surau di kampung saya kepada semua masyarakat islam di Malaysia. Bidang dan skop tulisan saya merangkumi sejarah penubuhan surau, kegiatan surau, peranan surau dan sebagainya. Saya berharap surau di kampung saya dapat dikenali oleh masyarakat islam diseluruh Malaysia dan mereka akan mengunjungi surau ini. Marilah kita sama-sama mengimarahkan suara ini. Sekian. Wassalam.      



KONSEP

PENGERTIAN SURAU
Surau bermaksud tempat beribadat seperti sembahyang, belajar agama dan lain-lain.  Perkataan surau berasal daripada istilah melayu Indonesia dan penggunaanya meluas di Asia Tenggara. Pengertian surau ini dalam penggunannya hampir sama dengan istilah langar atau musalah. Selain itu surau juga bermaksud tempat atau bangunan untuk keselesaan muslim di luar daerah untuk melakukan solat. Surau juga sama seperti masjid iaitu dari segi peranannya. Peranan yang dimainkan adalah sebagai tempat beribadat. Menurut kamus dewan, surau juga bermaksud bangunan yang lebih kecil daripada masjid tempat umat islam beribadah.  Sebagai umat islam, kita perlulah menghidupkan surau dan megimarahkan masjid supaya keindahan surau dapat dikekalkan.



SEJARAH PENUBUHAN

Surau dato keramat ini telah dibina pada tahun 1980. Surau ini terletak di Nibong Tebal iaitu di jalan utama Ipoh- Butterworth. Pada asalnya struktur surau ini dibina daripada kayu dan mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah telah dijadikan stor menyimpan peralatan surau manakala tingkat atas pula merupakan surau. Surau ini dapat menampung jemaah kurang daripada 40 orang. Ruang solat pada masa itu kecil dan terhad. Dek kerana pertambahan penduduk kampung ini yang semakin meningkat saban tahun, pada tahun 2001, surau ini telah dibina semula dan telah digantikan dengan struktur batu bata. Surau ini tidak lagi mempunyai dua tingkat. Surau ini telah dibaik pulih untuk mengantikan surau lama yg dimamah usia. Selain itu, surau ini dibina semula utuk keselasaan para jemaah yang menunaikan solat disini. Surau ini sangat lusa dan dapat menampung jemaah seramai 50-60 orang pada satu masa. Antara kemudahan yang terdapat di surau ini ialah balai, stor menyimpan peralatan surau, perlatan surau seperti pinggan, mangkuk,gelas, dan sebagainya, tabung surau,al –Quran, buku rujukan agama, telekung, ruang wuduk,tandas,ruang rehat dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan seperti ini, segala aktiviti surau dapat dijalankan dengan jayanya. Peruntukan untuk menjalankan aktiviti serta membaik pulih surau datangnya daripada pejabat agama, wakil rakyat dan tabung surau iaitu sumbangan ikhlas masyarakat setempat.


                                                bahagian hadapan surau

                      bahagian hadapan surau                                                  
      

stor menyimpan barang
                                             

 ruang solat imam


ruang solat lelaki
                                                                      

  ruang solat wanita


ruang solat lelaki

                                                                

                                                           ruang wuduk


                                                        tempat berehat




KEGIATAN SURAU KG DATO KERAMAT


Setiap surau mempunyai organisasi tersendiri. Begitu juga surau kampung ini. Berikut merupakan organisasi surau Kg Dato Keramat:
·        En Abd Halim bin Hasan (Pengerusi)
·        En Jamal bin Jamaludin(Naib pengerusi)
·        En Mohd Riduan bin Mohd Zain  (Setiausaha)
·        En Shukri bin Abdullah (Bendahari)
·        En Jab bin Dahari( AJK Lelaki)
·        En Saad bin Shaari(AJK Lelaki)
·        En Knor bin Ibrahim (AJK Lelaki)
·        Pn Rodziah binti Osman (AJK Wanita)
·        Pn Asmah binti Rejab (AJK Wanita)
   
 Mesyuarat agung surau ini diadakan setahun sekali bagi membincangkan hal-hal mengenai surau dan aktiviti tahunan surau manakala mesyuarat khas turut diadakan jika ada perkara-perkara penting yang ingin dibincangkan. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pihak surau ini. Antaranya ialah:

·        Kuliah agama:  Kuliah agama dijalankan sebulan sekali oleh pihak surau. Mereka menjemput penceramah dari luar datang untuk memberikan ceramah selepas solat isyak. Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat memberangsangkan dan positif sehingga ada penduduk kampung memberi cadangan supaya kuliah seperti ini diadakan setiap minggu.

·        Menyambut hari kebesaran islam: Selain itu, pihak surau juga membuat pelbagai aktiviti untuk menyambut hari kebesaran islam. Sebagai contoh hari asyura. Penduduk kampung berkumpul disurau bersama-sama bagi menyiapkan bubur asyura. Tidak kira tua atau muda, dewasa atau kanak-kanak, semuanya bergotong- royong bagi menyiapkan dan menjayakan aktiviti tersebut. Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk kampung.

·        Kelas fardhu ain: Setiap hari sabtu selepas waktu maghrib turut diadakan kelas fardhu ain. Kelas ini terbuka kepada semua golongan usia dan ia adalah percuma. Antara aktiviti semasa kelas fardu ain ialah bacaan al-quran, kelas asas fardhu ain dan sebagainya. Dengan adanya kelas ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan penduduk kampung serta mendidik generasi muda tentang islam.

·        Gotong-royong bersih surau: Aktiviti ini juga turut dijalankan setiap tahun. Ia merupakan aktiviti wajib yang mesti dilakukan. Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan bertolak-ansur sesama masyarakat setempat.

·        Bulan Ramadhan: Pada setiapa kali bulan Ramadhan, solat Tarawikh dan majlis berbuka puasa turut diadakan dan juga menjadi aktiviti wajib surau ini. Semua golongan usia terlibat dalam aktiviti ini. Kemariahanya jelas terasa.



MASALAH DAN PENYELESIAN

MASALAH 1:
Masalah yang sering dihadapi oleh surau ini ialah kurangnya golongan remaja menghadiri solat bejemaaah atau kuliah agama di surau ini. Golongan remaja jarang menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak surau.

PENYELESIAN:
Masalah seperti ini sering terjadi dan pihak surau memandang serius berkenaan masalah ini. Tindakan segara perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Pihak surau boleh menjalankan aktiviti yang boleh menarik perhatian golongan remaja untuk datang ke surau seperti kem remaja islam, kelas bahasa arab, ceramah khas untuk golongan remaja, khidmat masyarakat dan sebagainya. Dengan ada aktiviti seperti ini, golongan remaja akan lebih berminat untuk datang ke surau. Golongan remaja tidak lagi akan menghabiskan masa dengan melakukan pebuatan yang sia-sia.

MASALAH 2:
Seterusnya, masalah lain yang sering dihadapi oleh surau ini ialah kekurangan bahan rujukan agama. Buku yang sedia ada belum mencukupi. Penduduk kampung sering merungut bahawa mereka tidak dapat rujukan yang lebih banyak dan kebanyakan buku yang sedia ada merupakan buku lama dan hampir koyak dan usang.

PENYELESIAN:
Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak surau telah memohon peruntukan daripada wakil rakyat untuk membeli bahan bacaan untuk diletakkan di dalam surau. Selain itu, penduduk setempat juga digalakan untuk  memberi bahan rujukan dari rumah masing-masing. Jika masalah ini dapat diselesaikan,surau tidak lagi akan kekurangan bahan rujukan.

MASALAH 3:
Ruang solat yang sedia ada masih lagi kecil dan tidak dapat menampung bilangan jemaah yang semakin ramai. Apabila bilangan jemaah semakin ramai, ruang surau menjadi semakin sempit dan terpaksa menunaikan solat dibahagaian luar surau.

PENYELESIAN:
Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak surau telah mengambil langkah untuk memperbesarkan  surau. Pihak surau sedar dengan peningkatan penduduk setiap tahun, surau ini perlu diperbesarkan untuk memastikan para jemaah selesa untuk menunaikan solat di sini.


PENUTUP  

Kesimpulanya, surau bukan sahaja tempat untuk beribadah tetapi juga tempat untuk memepuk perpaduan dikalangan masyarakat. Walaupun ia nya tidak sebesar masjid tetapi ia memeberi seribu erti untuk kita. Pada zama sekarang surau masih lagi dibina di kawasan petempatan walaupun banyak masjid telah dibina. Oleh itu, surau perlulah dipelihara dan dijaga dengan baik. Marilah sama-sama kita memakmurkan surau kerana surau juga adalah rumah Allah. 





RUJUKAN
-        penduduk kg Dato Keramat.
-        ahli jawatankuasa surau dato keramat
-        Ustaz Sulaiman Endut (2010). Asas-asas fardhu ain . Selangor : Pustaka Haji Abdul Majid Sdn.Bhd